En. Hamizi sedang mengalami ujian maha berat kerana anak sulongnya Izziyanna bte Hamizi yang berusia 4 tahun sedang menderita sakit jantung berlubang. Keadaan anak beliau dilaporkan kian kritikal hari demi hari. Ini disebabkan lubang di jantungnya semakin membesar.
Menurut pakar UKM, anak beliau perlu dibedah segera bagi menyelamatkan nyawanya. Memandang kos perubatan yang amat tinggi, Izziyanna dinasihatkan menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat perubatan jantung di Mumbai, India.
Beliau dijangka ke India bulan Oktober ini , tarikhnya belum diketahui lagi dan tinggal di sana kira-kira sebulan bersama anaknya untuk tujuan pemantauan pakar jantung di sana selepas pembedahan.
Sehubungan dengan itu, bagi membantu pemergian beliau dan anaknya ke sana dan membiayai kos sepanjang sebulan di sana,.kepada sesiapa yang sudi memberi sumbangan derma ikhlas kepada En. Hamizi dengan kadar segera, seberapa yang boleh amatlah diharapkan agar anak kesayangan beliau dapat diselamatkan.
Semua sumbangan boleh dimasukkan ke akaun BSN GIRO ENCIK HAMIZI BIN AHMAD NO A/C: 05107-41-00001372-3.
Moga keluarga En Hamizi tabah menghadapi ujian berat ini. Kita doakan sama-sama agar anak sulong beliau selamat menjalani pembedahan tersebut dan kembali ke tanah air dengan kesihatan yang lebih baik.
Kepada semua yang akan menderma dan mendoakan kesihatan anak beliau, saya bagi pihak keluarga En Hamizi mengucapkan jutaan terima kasih.
Terima kasih juga kepada Cikgu Mazlan UITM yang telah memanjangkan perkara ini ke pengetahuan saya untuk disebarkan kepada semua kenalan saya melalui blog ini.
| Surat dari Hospital Pakar LILAVATI MUMBAI,INDIA |
![]() |
| Surat dari Hospital UKM Malaysia |

salam. boleh tau no contact
ReplyDeleteAssalamualaikum encik Hamizi, boleh berikan saya nombor telefon encik tak sebab ada orang nak set appointment jumpa encik. Terima kasih.
ReplyDelete